Durian Crepe Fever !!!!!

Oke...stop citer pasal Korea...kita berehat dulu sambil makan durian crepe ...
lately ramai orang bercerita tentang durian crepe...aku terfikir bukan ke desert ni dah lama dah ada tapi kenapa sekarang baru famous...memandangkan semua orang bercerita tentang "durian crepe" aku pun try lah meng order 1 set (seb baik officemate aku ade jual...6 ketul = RM 10) tak rugi order ngan dia wife dia...memang sedap...yummyyyyy....

ni lah Durian Crepe yang aku buat  order


Bahan-bahan nak buat Durian Crepe (kawan aku bagi..)

tepung gandum
telur
santan
air
 garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning/ hijau / pink  
1 cawan whipping cream (kat pasaraya coldstorage ada jual)

* kalo tak reti baik toksah buat beli jee...hehehehehe macam aku lah berselerak dapur last2 beli je.....

Korea - Day 6



(Seoul Forest – MBC – KBS – Seoul Grand Park)
Seoul Forest
Dari Station Myeong Dong
i)                    Dongdaemun History & Culture park Station (Line 4)
ii)                  Ttukseom Station (Line 2) use exit 8
Seoul Forest ni lebih kepada tempat jogging or tempat melapangkan fikiran sebab banyak pemandangan yang cantik lebih-lebih lagi musim luruh ni…enjoy beberapa keping picture..


MBC TV Station
Dari StationTtukseom
i)                    Euljiro 3 (Sam) Station (Line 2)
ii)                  Jeongbalsan Station (Line 3)



Dalam MBC kami round sekejap jee..tengok studio dia...pastu lepak kat Coffee Prince...& beli souvenier....

Coffe Prince di MBC (ingat tak drama coffee Prince)
KBS TV Station
Dari Station Jeongbalsan
i)                    Jongno 3 (sam)-ga Station (Line 2)
ii)                  Yeouidu Station (Line 5)
iii)                National Assembly (Line 9 : Exit 4)


Yeouido Park (di hadapan KBS TV Station)









Korea - Day 5

penjual di dalam subway

Namiseom Island
Yahoooo!!! today we are going to Winter Sonata Island ….. Excited sangat…Bangun pagi..breakfast n buat bekalan roti sapu kaya untuk di bawa ke Nami…seawal jam 7 pagi kami da bertolak..berkejar ke Train bersama-sama dengan warga Seoul yg berlari-leri mengejar masa untuk ke tempat kerja..laju gileee dia orang jalan..
Mel, Azi, Nana, penulis, Niza & Leti

How to go Nami Island

Perjalanan dari Myeongdong ke Nami Island memakan masa lebih kurang 2 jam sebab Nami Island jauh dari Seoul. Banyak nak kena tukar train…banyak tangga nk kena naik turun..wah!!! sangat penat…
Macam mana nak pegi Nami Island
Macam biasa semua perjalan mesti mula dengan Myeongdong Station (Line 4) dan transfer train di station berikut :
i)                    Dongdaemun History & Culture park Station (Line 4)
ii)                  Gungja Station (Line 5)
iii)                Sangbong Station (Line 7)
iv)                Gapyeong Station (Line KyeongChun)
Sampai je kat Station Gapyeong, naik teksi or bus tapi kebanyakan akan memilih teksi kerana kos nya cuma 3000 won.
Jadual ferri ke Nami Island : 7.30 – 9.00, 9.00 – 18.00, 18.00 – 21.40
Tiket Masuk : 8000 won
Perjalanan dari jeti ke Pulau Nami tak sampai 10 minit pun…









Korea - Day 4

Itaewon - Dondaemun (Doota Mall)

Hari ni kita orang tambah ahli dari 4 orang tambah lagi 2 so…semua nya 6 orang (lupa nak bagi tau nama dia orang nana, azi, jutt, mel & leti + aku) …memandangkan  2 orang ahli (mel & leti) baru sampai…so hari ni kitaorang plan kuar umah lambat sikit dalam pukul 10 @ 11…lagipun hari ni nak Itaewon lagi sebab nak makan makanan Korea and 2 orang kawan tu nak gi melawat masjid….
Perjalanan bermula………………..sampai masjid solat zuhur…kali ramai orang Malaysia sebab bertembung dengan rombongan travel..& jumpa jugak student Malaysia kat situ...untuk lunch kita orang decide untuk makan kat Muree Korean Muslim Food..dekat je ngan area masjid & Siti Sarah Restaurant…
makanan di Muree Korean Muslim Food
Jalan menuju ke Muree (yang bangunan putih tu masjid)
lepas makan dah kenyang..terus jalan-jalan sekitar Itaewon lagi…tak lah excited sangat sebab semalam dah pegi…puas ronda-ronda area situ..terus amik train pegi Dongdaemun..
Dari Station Itaewon – Station Dongmyo – (tukar Line 1: Biru Tua) – Station Dongdaemun

Sampai di Dongdaemun ..hujan dah mula nak turun..tapi memandangkan aku nak gi shoes market ku gagahi diri kesana walaupun cuma berdua sebab yang lain malas nak ikut..dia orang tunggu kat luar … masuk-masuk shoes market je terus sambar sepasang half boot kaler hitam..
Doota  Mall
Lepas beli kasut..hujan pun rasa nak makin lebat..kita orang berlari-lari masuk ke Doota Mall (komplek membeli belah yang famous jugak kat Korea ni menjual pelbagai jenis fesyen yang agak trendy) kat bahagian atas shoping mall ni ade banyak kedai souvenier …dan ia juga menjadi salah satu kunjungan wajib yang di bawa oleh travel agents walaupun harga di sini agak mahal berbanding Dongdaemun & Namdaemun Market. Kat sini aku tak lah membeli sangat sebab semalam dah beli fidge magnet, keychain, tshirt & sudu..so kat sini jadi macam beli sikit2 je contoh nya beli penanda buku & 3D Fridge magnet . Setelah puas berpusing kat tingkat 5 ni..terus pegi ke Cheonggyecheon Stream untuk tengok Lantern Festival tapi time tu dah hujan lebat…baju semua dah basah + mengigil kesejukan…separuh jalan je lalu tepi sungai tu..terus decide untuk balik ke Myeong Dong..tak tahan sebab sejuk sangat…
Yogane Restaurant
Sampai Myeong Dong je terus cari kedai makan…seb baik Mel rajin baca blog so..dia cadangkan kitaorang makan kat Yogane..sbb ramai bloger yang pernah ke Korea suggest tempat ni..tapi untuk keselamatan kami makan nasi goreng seafood..yang bestnya dia orang akan masak depan kita…sebab dah lapar semua pun sedap..salad & kimchi bole ambil sendiri…paling suka salad dia sedap..sebab mayonis campur wasabi sangat sedap..Korean Cake pun sedap rasa macam cucuk or lempeng letak kucai.

Korea - Day 3

(Itaewon – Namdaemun)
Bangun tido macam biasa kul 9 pagi..bersiap…breakfast..dan hari ni kami nak ke Itaewon tempat Masjid Besar Seoul.
Mula-mula naik kat Station Myeong Dong terus ke Station Samgakji tukar/transfer train (Line 6 : colour coklat) Station Itaewon. Untuk ke Masjid Seoul
Dari Station Itaewon amik exit 3 – Jalan Terus – Simpang ke kanan – Belok Kanan – Jalan terus lagi (kiri kanan nampak banyak kedai muslim) – nampak simpang – ke kiri  naik bukit – jalan terus nampaklah masjid..



Tapi sebelum sempat sampai ke masjid tadi terjumpa kedai makan Siti Sarah…mula-mula ingat nk makan kat Muree Korean Muslim Food tapi tutup pulak hari tu…tu yang terus ke kedai Siti Sarah kat sini kami order Ayam Penyet….yummy sedapnyaaa rasa mcm kat Indonesia pulak hehehehe….dah puas makan kami terus ke masjid…sejuknya sebab masjid ni kat atas bukit…sempatlah sembahyang zohor kat sini….keluar dari masjid je konon-konon tak nak lalu jalan tadi..terus je menonong ntah ke mana-mana…hehehehehehehe 
  


Masjid di Seoul
pengalaman berjalan di perkampungan orang korea..sebijik macam dalam drama .. naik  bukit..turun bukit…huh!!! Mesti dah sesat ni…nak naik bas takut salah bas..jalanlah ikut kaki…menyusuri jalan kedai-kedai antik (tak sengaja terlalu jalan ni)…last-last satu Itaewon tu kami berjalan…kami naik subway pun dari Station Noksapyeong turun di Station Samgakji transfer train ke Station Myeong Dong (Line 4:Biru) tapi tak turun situ kami nak ke Namdaemun Market so kami turun kat Station Hoehyeon. 
Rupa-rupanya kawan kami dah salah info dia ingat Market tu bukak kul 7 malam rupa-rupanya bukak kul 7 pagi – 7 mlm…so banyak kedai dah tutup seb baik ada satu Anjusi ni tengah kemas-kemas nak tutup..dia jual tshirt “I love Korea” dan Anjusi ni pun pandai cakap melayu sikit-sikit tau…pe lagi kami pun borong tshirt kat sini…3 helai 10000won murah lah tu kann…aku beli 7 helai ngan satu sweater panda (8000won) so semua 30000 won dapat lagi 2 helai percuma murah kan…..lagi satu sudu + chopstick = 2000won…tapi dia pun bagi murah gak…yang penting kena pandai tawar….
(Korea awal 1 jam dari Malaysia..pukul 5 ptg dah macam pukul 7 malam di Malaysia..cepat gelap)





Korea - Day 2


Sambung entri yang lepas…
 (Dongdaemun - Korean House - Namsangol Hanok Village)
Memandangkan kami tak punya jadual yang pack…untuk hari kedua ni kami cuba untuk tidak bangun terlalu awal…heheheheheh … dalam pukul 9 lebih kami pun turun untuk sarapan…macam biasa megi + roti bakar + air milo..sgt sedap…waktu kami keluar rumah pheww!!!!! Sejuk gilerr time tu tempature lebih kurang 7-8’c …keluar rumah jee terus menuju ke GS25 (ala2 7-11 nyer kedai).. walhal sederet tu ade 7-11 gak…ntah kenapa kami suka kesitu heheheheheh…sebelum naik Subway…nak beli T-Money dulu, ada macam2 jenis T-Money ni ade yang macam key chain and ada yg macam kad…aku pilih yang keychain utk h/phone so senang nak sangkut kat phone .... Yeah!!! perjalanan pun bermula….seronok nyaa dapat naik subway (feeling macam korea kejap)…map alwaz kena ada ooke…dari guest house ke station subway Myeong Dong (exit 4) sangat dekat…

dari situ kami terus ke Dongdaemun sebab nak pegi Dondaemun History & Culture Park tapi hampa sebab under construction hurm……seb baik kat Dondaemun ada mcm2 market contohnya shoes market (byk gile kasut2 kat sini terutamanya snikers..rasa mcm nk beli jeee..orang kat Korea ni suka pakai snikers senang nak turun naik subway sebab untuk ke subway kita perlu menuruni banyakkkkkk anak tangga)..puas dah menyusuri Dongdaemun terus cari tempat makan kebetulan kami terjumpa Pizza Plus satu2nya burger halal yang kami jumpa..apalagi perut memag dah lapar ni….


Dongdaemun history & culture 


menu pizza plus

Korea House



Namsangol Hanok Village
 Selepas puas kat Dongdaemun, kami decide untuk ke Korea House kat area Chungmuro…naik subway dari Dongdaemun terus ke station Chungmuro..keluar Exit 3..jalan sikit 10 meter jee..nampak lah Korean House….kat sini kita dapat tengok senibina rumah korea..
Jalan sikit kedepan dari Korea House kita boleh terus ke Namsangol Hanok Village memandangkan waktu itu sudah petang kami hanya sempat jalan-jalan ..amik picture jee…sebab village tu sangat luas..dan kami dah mula rasa malas nak mengelilingi village tu kami decide untuk pulang jee…tapi tak naik subway sebab nak merasai suasana malam di Korea konon-kononya..so kami berjalanlah dari Chungmuro ke Myeong Dong….Waktu malam memang di habiskan di Myeong Dong…sangat happening…shoping..shoping and shoping…

antara event yang ada di Myeong Dong..best sanggat....

Tips untuk hari ini :-
* sebelum naik train pastikan mempunyai T-Money
* baca dan fahami peta subway betul-betul, sebab kebanyakkan orang Korea tak reti berbahasa Inggeris