Sajak : Sahabat


Salam kasih untuk sahabat
Yang bersusah kerana kesusahanku
Memberiku pinjaman
Apa yang sukar aku bayarkan
Memberiku kefahaman
Apa yang dulu aku kelirukan
Salam kasih untuk sahabat
Yang mengajarku jangan jemu
Ilmu tidak tawar oleh ulangan
Jiwa tidak luntur oleh sumpahan
Salam hormat setingginya, sahabat
Aku kagum pada hujahmu
Aku pernah tiba pada tempat
Dimana pujian semakin murah
Cacian juga semakin cepat
Aku pernah tiba pada padang
Di mana kebenaran semakin jarang
Kini di sini aku berdiri
Dengan kaki peribadi sendiri
Pertemuan singkat denganmu sahabat
Menghadiahkan aku makna hakikat...

karya : rahman shaari

"Hati Yang Rapuh"


Di hati kulakarkan sebuah impian 
Yang aku namakan harapan 
Apabila ku tentukan arah serta tujuan 
Rela kuhadapi cabaran 
*Rahimah Rahim ~ hati yg rapuh*

sedih kan bait-bait lirik di atas...actually ni lagu lama nyanyian Rahimah Rahim tajuk dia "Hati yg Rapuh"...macam mana aku boleh minat lagu ni??? sebenarnya bukan minat cuma malam tadi aku gi berkaraoke ngan member aku..tiba-tiba dia bole pilih lagu ni then nyanyi...& siap menangis lagi..so bila balik rumah aku pun try gi you tube dan dengar lagu ni ulang-ulang berserta dengan lirik sekali oke..well memang liriknya benar-benar touching Ohhhhhh!!! sedihhhhhhhh....lagi-lagi orang yang macam aku..yang  memikul tanggungjawab sebagai pekerja, pelajar dan sendirian dalam merencanakan kehidupan... bukan senang nak jadi student jarak jauh ni..kekuatan fizikal dan mental sangat perlu di jaga...kadang-kadang masa amat terhad...lagi satu pengajian jarak jauh ni memerlukan kita untuk belajar sendiri...membuat conclusion sendiri..berat mata memandang berat lagi bahu memikul heheheehe.. so..untuk korang yang nak dengar lagu ni www.youtube.com/watch?v=p1GzTCyHjpY.

tanda-tanda kalau kamu putus cinta

Cinta kadang-kadang menyenangkan namun apabila putus cinta..ia benar-benar menyakitkan jom...kita tengok adakah tanda-tanda ini ada pada diri kamu....

  • Setiap kali anda bangun tidur, kamu terasa  kosong dan kesepian
  • Tidak dapat menumpukan 100% perhatian walaupun dengan mengerjakan aktiviti anda sehari-hari seperti bekerja, kuliah dan bertemu teman-teman.
  • selalu terbayang bekas kekasih anda.
  • Hidup di 2 dunia: dunia nyata di mana anda sudah tidak lagi memiliki si dia dan dunia memori ketika anda masih bersama dengannya.
  • Hobi dan hal-hal kesukaan anda terasa tidak menarik lagi bagi anda.
  • Perasaan menjadi tak karuan bila pergi ketempat yang biasa kamu kunjungi dengan dia.
  • Walaupun teman-teman anda berusaha menghibur anda dan memberikan masukan yang positif, namun yang ada dalam benak anda adalah: "Tidak ada orang yang mengerti apa yang saya alam".
  • Bila bersendirian di rumah , anda akan memikirkan keadaan patah hati, dan emosi yang tak stabil rindu, sedih, kesepian, dan penyesalan; lalu kecewa, marah, merasa tidak adil, dan benci pada si dia.
  • Mungkin anda menangis, mungkin juga tidak, tapi  akhirnya emosi anda letih.
  • Anda tidur dengan perasaan hampa, dan bangun keesokan harinya hanya untuk kembali ke point pertama diatas.

tanda-tanda kalau kamu sedang jatuh cinta


Ada beberapa tanda-tanda kalau kamu sedang jatuh cinta

·         Kamu melihat ada sesuatu yang berbeza dalam dirinya
·         Merasa ada sesuatu dalam diri kita 
·         Suka senyum-senyum atau ketawa-ketawa sendiri tanpa maksud
·         Suka curi-curi pandang ke arah dia
·         Kalo dia lagi lihat ke arah kita, jantung rasa nak tercabut
·         Serba salah di depan dia
·         Suka mengelamun
·         Berkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia
·         Tak lalu makan
·         Susah tidur
·         Isi diarimu tentang dia, dia, dia, diaaaaa
·         Sering dengar lagu romantik yang liriknya about love selalu
·         Selalu buat ramalan bintang dia dan kamu
·         Ambil tahu segalanya tentang dia, termasuk no phone ibunya
·         Berbaik-baik dengan kawan-kawannya
·         Jadikan wajahnya sebagai wallpaper HP hahahaha..
·         Selalu menyembur minyak wangi umpama bidadari
·         Kalau dia tegur…rasa melayang-layang
·         Simpan sms dari dia 
·         Setia tunggu dia call walaupun tak janji nak call
·         Suka semua yang dia suka walaupun tak suka 
·         Anggap cuma kawan, padahal ????
·         Sanggup ketepikan wang saku untuk beli hadiah ualang tahunan
·         Selalu memuji segala hal tentang dia
·         Beli buku-buku psikologi tentang cinta dan dipraktikan
·         Satu senyuman dari dia buat kamu punya maknanya
·         Rajin sms tanya khabar
·         Pura-pura pinjam buku dia padahal kita tak perlu buku itu
·         Menyukai hal-hal yang dia sukai
·         Jadi teman yang baik dan penuh perhatian saat dia lagi punya masalah
·         Tak pedulikan apapun kekurangan dia 
·         Tak bisa lupakan dia 
·         Benar-benar sedih kalau dia tak ada

KETIKA BACA ARTIKEL INI, KALAU TERINGAT PADA SESEORANG. PERTANDA KAMU BENAR-BENAR JATUH CINTA!!

ku gembira disampingmu

"Ku gembira di samping mu

Tiap waktu disayangi
Ku dibelai dan dimanja Dengan kasih mu yang murni"
~~ahakkkk~~ mesti ingat sedang bercinta kan ???
well..bukan bercinta tau..cuma gembira je @ mengembirakan hati
orang tua-tua kata kalau nak awet muda always kena gembira..
walaupun kadang-kadang hati ini terasa sakittttt
~~oppsss...tak boleh sakit sangat nanti jadi sedih :(
so hidup kena happy selalu baru masalah kurang...
sebab hidup ni sementara je..jadi KITA ENJOY!!!!
"Ku gembira di samping mu
Yang memberi kepastian

Hari esok kan ku nanti
Kita akan bersama"
***nak karaoke lagu ni***





we & why?



WE..holding hands..not because we paired..but since it had a feeling..feeling that it often a question mark.. whether you like it or love..we know we need each other..when far away I want you always near..when you close i want you to go..sometimes i dont like you..but sometimes i really like you..WHY?..Because I have to choose..injured or wounded..I own confused by this feeling..and I most hate this feeling....because I know you and I may not....
and I realized who I am with you ....


?

melihat mu dari  jauh ?
aku rindu
aku resah
aku terfikir...
terfikir ? 
tentang masa depan
tentang kehidupan
tentang diri ini
diri ini ?
yang semakin lalai
yang semakin alpha
yang semakin lupa
lupa ?
pada kisah lalu
pada cerita dulu
pada siapa aku
siapa aku ?
aku tetap aku
siapa pun aku
hanya aku & dia yang tahu....

terjaga...


malam lena..aku terjaga..ntah kenapa ???
tiupan angin malam meniup melalui tingkap...
tiba-tiba hati ini mengimbas kembali..
terkenangkan cerita-cerita lalu..
bukan sebab cerita itu indah..
tapi cerita itu kadang-kadang menyakitkan..
namun benarlah kata orang tua
cerita yang sakit itulah pengalaman hidup..
tanpa kesakitan kita takkan kuat..
sebab kekuatan itulah kita mampu meneruskan perjalanan..
semoga allah s.w.t. memberkati perjalanan hidup ini....
semoga aku tetap kuat dengan iman dan semangat diri ini..
semoga aku tetap tabah menhadapi ujian mu...
semoga aku sentiasa terjaga untuk terus mengingatimu...
amin...





Awak & Saya


Awak...
Maafkan saya sebab dulu saya tinggalkan awak...
Maafkan saya sebab dulu saya lukakan hati awak...
Awak....
Kini awak datang kembali mengusik hati saya
Kini awak bercakap soal perasaan dengan saya
Awak...
Saya masih rasa bersalah terhadap awak
Saya terus diburu gelisah pada awak
Awak...
Betul ke awak dah maafkan saya
Betul ke awak tak marah saya
Awak...
Patut ke saya terima awak
Perlu ke saya berperasaan pada awak
Awak...
Saya takut kalau awak rindu saya
Saya takut kalau awak sayang saya
Awak...
Maafkan saya kalau saya tolak awak
Maafkan saya kalau saya tak terima awak
Awak...
Jauh di sudut hati saya yang saya masih CINTA kan awak
Tapi....
Saya rasa ..saya masih tak layak terima CINTA awak
Sebab...
Awak pernah derita kerana saya
Awak pernah sakit kerana saya
dan...
Saya takut awak tak bahagia dengan saya
Saya masih tak yakin yang kita bole bersama
Awak...
Biarlah saya sendiri melalui fasa hidup ini
Biarlah saya mencari apa yang saya mahu
Bukan saya tolak sebab saya tak sayang..
Tapi sukar untuk saya jelaskan...
Cuma yang saya tahu perasaan sayang tetap ada untuk AWAK...