Laman Grill : Steak & Bar-B-Que

Hola..semalam aku + officemate saje buat majlis makan-makan sempena menyambut kedatangan Mac..pilihan kami "western" dan bila sebut western je terus terbayang kedai makan Chef Zubir + MasterChef ..memandangkan dia baru buka cawangan kat kajang so..kami pun sepakat untu ke sana selepas maghrib...sangat senang nak cari kedai makan ni dari putrajaya sampai tol sg ramal bayar rm 1 terus u-turn then masuk kiri..dari jalan besar dah nampak kedai ni..suasana kedai dia sangat best cuma byk nyamuk..agaknya time kami datang around 8 pm..nyamuk masih menganas..tapi dont worry mereka akan pasang penghalau nyamuk..hehehehe..but small matters tu..masa kami sampai ..bilangan pengunjung masih boleh di kira after 1/2 jam..makin ramai dan terus full house siap patah balik pun ade sebab takde meja...patutlah masa petang aku call kedai ni dia minta buat reservation..full house rupanya tiap-tiap malam...
nak tengok ape yg kami order
my  order paillard&schnitzel + banana split.. 
Sebahagian order tak ingat apa nama dia
sedikit review :
food kat sini memang tahap 5 star
harga dia tahap 2 star
sangat berbaloi...
sedap...
chef Along dari +MasterChef  yang sediakan our food
suasana yang selesa..
staff yang sangat friendly
so ..if nak datang sini bole buat reservation or tengok menu and also price boleh lah ke http://www.lamangrill.com/
kami yang gembira waktu makan


http://www.lamangrill.com/

Oh! My Gajet...

HIDUP TANPA   GAJET ?
Argh!!!!! boringnyaaaa tak dapat nak update "tentang kehidupan"
Inilah akibat daripada handphone problem..
maklumlah telefon tangan tak terkini seperti orang lain..masih tak mampu nak beli yang terlatest ahak~~~
bila handphone tak berfungsi mulalah mencari rutin sepeti dulu..tengok tv 24 jam..time ni baru teringat mak pernah cakap aka. mengomel "orang sekarang kehulu kehilir mesti pegang handphone, kalau takde boleh mati agaknya" orang sekarang yang mak aku maksudkan of cozlah aku hehehhee...
Well berbalik pada cerita tadi...akibat ketiadaan handphone maka tiadalah whatappsss..weeechattt..instagram...dan bla..bla..seb baik blog ni update guna lappy.. :) meh aku citer kronologi..
**hari tiada handphone untuk anti sosial"
hari  satu : bila dapat tau dia problem..dan segala internet tidak boleh di gunakan..cool jeee dan cuba mengisi masa dengan membuat revision..jap lagi nak final..
hari satu point lima :  masih cuba untuk tenang...tapi dah start jeling my sis yg asyik berwasap dgn group family kami...& dah rasa macam tertinggal kat belakang jee sbb tak update
hari nak masuk dua : masih menahan diri .. tapi dah mula boring......Argh!!!! belum sampai tengahari terus pecut ke kedai handphone..opss bukan beli baru eaa..just betulkan jee tapi sangat sedih dan memilukan hati rasa macam nak nangissss sebab handphone tu tak rosak pun simkad jee yang rosakkkk!!!
Arghhhh!!!! sangat begang!!!

Resepi : Cheese Meleleh...

Memandangkan sekarang ramai sangat orang teruja dengan kek cheese
meh aku kongsikan sedikit macam mana nak buat cheese cake meleleh yang sangat simple dan senang.....
bahan-bahan nya :

  • cheese (saya guna jenama tantura)
  • susu pekat manis
  • susu segar
  • cheese crackers
  • nestum (untuk tabur)
  • milo (ikut suka nak letak bole tak letak pun bole)
senarai bahan-bahan


tatura cheese
 Cara-cara membuat :

1. Cheese + Susu Pekat (ikut taste sendiri nak manis letak banyak) pukul hingga sebati dan nampak halus

 2. Rendam crackers dalam susu segar (rendam jangan sampai lembik).. Susun crackers  (biskut) di dalam bekas, sapu (1) di atas biskut tadi then tabur nestum + milo (kalau suka lah)..buat sampai (1) tu habis...

3. Masukkan dalam peti ais semalaman or 3-4 jam..pastu dah bole makan...
Cheese Meleleh + milo

Cheese Meleleh 


Sahabat Selamanya

Hai sahabat...
dari tahun 1998 kita berkawan
tiada kata seindah bahasa
mampu aku ucapkan untuk "sahabat"
dulu..
susah senang kita lalui bersama
daripada duduk 10 orang satu rumah
hinggalah sorang satu bilik...
kerana tuntutan hidup dan kerja
kita terpisah...aku disini
kau disana..
walau jauh kita tetap berhubung
tiba-tiba...keadaan jadi berbeza.
kau menyepi..
aku tertanya-tanya
apa sebenarnya yang berlaku
namun hati lega bila tiada apa
mungkin ketika itu kau
memerlukan sedikit masa untuk sendiri
kini..
kita kembali menjalinkan hubungan
terima kasih sebab masih berkawan dengan aku
biarkan semua yang berlaku..
kita tinggalkan memori dulu
yang buruk jadikan tauladan
yang baik jadikan panduan
biarlah kita sama-sama
berjalan mencari bahagia
berkongsi masalah..
walaupun kita berjauhan
tapi hati kita dekat
SAHABAT SELAMANYA
1998 - 2014


Beruntungnya aku



life noted
page 17, Chapter 2

Tika mata menatap kisah kanak-kanak yang terbiar tanpa dipedulikan..hati rasa sayu..dan bertanya kemana pergi ibu bapa mereka..mengapa kanak-kanak yang begitu suci dibiarkan terkapai-kapai sendirian tanpa arah tujuan...andai aku ada disitu ..akan aku capai tangan mereka..pimpin mereka untuk mencari cahaya kehidupan...sambil menghela nafas .. aku mula berfikir alangkah beruntungnya aku ketika zaman kecilku..punya abah dan mak yang amat baik hati..kalau ketika kecil aku dipukul..dimarah..dan dileter..aku akan rasa sakit hati..tapi kini bila umur dan semakin meningkat bila peristiwa itu diingat kembali ianya merupakan satu kenangan yang amat manis..yang tak mungkin dapat aku lupakan sepanjang hidup ini...

mak..abah..kakak rindu....dan aku rasa beruntungnya aku jika dibandingkan dengan mereka..

14 February

Dear Sis, 
Selamat Hari Jadi 
Semoga panjang umur 
 Semoga murah rezeki 
Sentiasa gembira disamping suami dan family 
Love u x 1000000 
Thanks sebab jadi adik, kawan, sahabat...

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

cuaca panas

Memandangkan cuaca sekarang agak panas dan kering, meh aku kongsi kat korang bagaimana nak menjaga kesihatan dalam keadaan suhu sekarang.  J:"}{}| 
  • Minum air masak  yang banyak keran ia dapat meneutralkan dan membantu menyegarkan badan
  • Kurangkan aktivuti luar terutamanya bila matahari sedang di atas kepala. Pilih waktu yang sesuai untuk melakukan apa2 aktiviti. Contohnya bagi yang suka berjalan-jalan di pantai..pasti kan u all jalan waktu petang or malam..supaya tak terbakar kulit hehehehe....
  • Berehat di dalam bilik yang beraircond sekurang-kurangnya 1 jam kalau takde bilik air cond kipas angin pun ok..tapi awas iyer jgn letak muka betul-betul depan kipas bahaya.
  • Sentiasa merehatkan tubuh dan mengurangkan aktiviti fizikal yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Dengan rehat yang cukup insyaallah kita mampu melawan sebarang penyakit  yang datang.
  • Jangan makan terlalu berat untuk menghindari dari kepanasan badan. Rajin makan supplement contoh vitamin C untuk mencegah dari penyakit.
  • Jangan memakai pakaian berwarna gelap kerana ia akan menyerap panas. Pakai colour yang terang dan lembut supaya pantulan cahaya dapat di lakukan..(pernah belajar kan masa tingkat 3 or 4 tak sure lah..)
  • Paling penting bila nak kuar rumah pakai krim pelindung SPF15++ or 20++ tak kisah yang nombor berapa janji krim perlindung matahari supaya kulit tak sunburn...kalo malas nak pakai krim kat muka gunalah payung ataupun topi…tapi tak kisahlah nak guna apapun yang penting kulit tu terlindung dari panas dan cahaya matahari.


Sincerelybyus Shawls/Boutique

Lately ni ramai orang bercerita tentang tudung Sincerly by us...pernah dengar tak...kalau nak tau boleh pergi 
website http://www.sincerelybyusofficial.com/ 
instagram :sincerelybyushawls
Masa mula-mula dulu ..adik yang kenal kan Ned ngan jenama ni...tapi buat bodoh jee..bila dah follow instagram ..nampak macam menarik..so memandang boutique ni ade kat area Shah Alam dan kebetulan berdekatan dengan tempat kuliah eppj NeD..amiklah peluang meninjau-ninjau..well untuk 1st time datang memang rambang mata sebab semua cantik-cantik tapi yg peliknya tak beli apa pun hehehhehee...2nd time datang pun tak beli jugak sebab tak tau nak pilih yang mana satu..tapi bila my sis beli and tunjuk kat NeD...time tu rasa macam nak beli..at last ahad lepas beli jugak...tapi before tu dah pakai adik punya collection..memang best senang nak bentuk & terletak..so kalau korang rajin singgah lah kat dia orang punya boutique satu kat Shah Alam dan yg latest kat Bandar Baru Bangi. Oh ya lupa nak bagi tau..bukan setakat square shawls je tau..ada macam-macam lagi dia jual kat kat situ..yang penting u olls kena datang sendiri... :)

Sincerelybyus™ Shawls/Boutique 

Shah Alam
~~A-6-2 Jalan Serai Wangi 16/F Alam Avenue, Shah Alam. 
Tues-Sun (11AM-9PM) 
** atas Pizza Hut Deliver & RHB Kiosk...

Bandar Baru Bangi
~~18A Jalan Medan PB 2C Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. 
Tues-Sun (11AM-8PM)  
** berdekatan dengan JM Beriani
koleksi peribadi

wear it
membelek dan membeli






Life noted

Life noted
Chapter 2, page 10

Angin Lalu di waktu senja
Tiba-tiba menyapa aku
Termenung sendirian di beranda
Merenung matahari terbenam
Cahayanya seakan mengerti diri ini
Pelbagai persoalan kembali menerpa
Satu persatu membuatkan aku ingat
Ingat siapa diri ini
Aku semakin jauh dari mu
Berilah aku peluang untuk mendekatimu
Supaya aku mampu berdiri
Supaya aku kuat

Menghadapi  takdir diri…

Tuhan Berikan Aku Cinta





*** tiba-tiba suka lagu ni sejak demam "Ariana Rose" walaupun lagu ni lagu lama ...jom kita sesama hayati lirik dan melodi lagu ini....enjoy!!! ****

coNfuSeD

Haru Biru..Serba Salah..
Kenapa ?
Pening Kepala ..
Keliru…
Bila Rindu Dia Takde
Bila Cari Dia Hilang
Bila Benci Dia Datang
Bila Menyampah Hari-Hari Nampak

What Should I Do ?????